nama

Monday 26 November 2012

SELAMAT BERCUTI....

Assalamualaikum....

Sudah hampir 3 minggu sesi persekolahan 2012 melabuhkan tirainya. Sekalung tahniah diucapkan  kepada anak didik yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. Kepada yang tidak bernasib baik, ingatlah..... bukan keputusan UPSR itu menjadi ukuran kejayaan anda pada masa hadapan. Ini  baru langkah pertama. Berusahalah dengan lebih gigih kerana Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha setiap hambaNya.

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan berkunjung ke negara jiran pada awal minggu ke 2 tempohari. Mengunjungi Bandung, Indonesia telah memberi sedikit pengalaman buat saya. Dapat saya rasai betapa terdesaknya mereka untuk mencari sesuap nasi sebagai menyara keluarga. Namun tidak kedengaran jerih letih mereka walaupun hakikatnya begitu sukar bagi mereka melalui hari mendatang. Mereka tidak pernah meminta tetapi tetap berusaha. Jauh berbeza dengan negara kita yang cukup serba serbi, namun..... sikap manusia patut berubah...

Pengajian saya semester 2 juga hampir berakhir. Syukur ke hadrat Ilahi, dalam keterbatasan waktu, sempat juga saya melangsaikan semua tugasan. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan mendatang, namun semua tanggungjawab harus selesai pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih pada semua yang membantu dan memahami situasi saya. 

Kehidupan mana yang tidak dihalangi masalah. Apa yang penting  adalah kebijaksanaan kita dalam menyelesaikan masalah dan paling utama bersyukurlah pada Yang Maha Esa kerana dengan rahmatNya dapat kita tenang seperti hari ini....

 Alhamdulillah.... Wassalam....

No comments: