nama

Wednesday 23 January 2013

Jadikan Kebersihan Amalan Kita





 

Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor

membawa kuman-kuman pada kulit, celah-celah jari dan di bawah kuku.


Amalkan 7 Langkah Mencuci Tangan


Untuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :

i.   Sabunkan tangan secukupnya sehingga berbuih.

ii.  Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan   
     jari.

iii. Gosok setiap jari dan celah jari.

iv. Gosok kuku di tapak tangan.

v.  Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.

vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.

vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.


   

Monday 14 January 2013

Sekadar Perkongsian...

KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.


KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 

Friday 21 December 2012

Bahan Buatan Manusia

 


Pertoleum ialah bahan semula jadi.
Petroleum digunakan untuk membuat PLASTIK dan KAIN SINTETIK.


Contoh PLASTIK








CONTOH KAIN SINTETIK








Thursday 20 December 2012

BAHAN SEMULAJADI







CONTOH BAHAN SEMULAJADI
kayu 

berasal dari pokok dan digunakan untuk membuat perabot, rumah dan kertas.
http://thumbs.dreamstime.com/thumblarge_552/128866235882R9Sp.jpg
getah
berasal dari pokok getah dan digunakan untuk membuat tayar, pemadam, belon dan alatan permainan

http://www.statestimes.net/2012/data/2012/07/cotton-plant.jpg
kapas
berasal dari pokok kapas dan digunakan untuk membuat benang, pakaian, tali leher dan sebagainya.
sutera
sutera berasal dari ulat sutera dan digunakan untuk membuat pakaian, skaf, tali leher.
kulit
berasal dari kulit binatang seperti ular, buaya serta digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang, beg tangan dan kasut.
bulu
berasal dari haiwan seperti biri-biri, beruang dan serigala serta digunakan untuk menghasilkan baju sejuk dan karpet.
tanah
berasal dari batuan dan digunakan untuk membuat pasu, batu bata
logam
berasal dari batuan dan digunakan untuk menghasilkan perkakas dapur, barang perhiasan serta peralatan.

Tuesday 4 December 2012

Praktis Progresif 1 - Keperluan Asas

Jawab soalan di bawah .

1.1 . Keperluan Asas Manusia

1 . Bayi manusia memperoleh udara dari atmosfera .
Apakah keperluan asas lain yang diperoleh bayi daripada ibunya ?  


A . Muzik dan makanan 
B . Permainan dan Alat Permainan 
C . Susu dan Perlindungan 
D . Pakaian dan Cahaya Matahari

2 . Antara yang berikut yang manakah diperlukan untuk fungsi di bawah ?

  • Untuk membesar 
  • Untuk mendapatkan tenaga 
  • Untuk sihat 
A . Udara
B . Makanan
C . Air 
D . Haba

1.2 . Keperluan Asas haiwan .

3 . Rajah di bawah menunjukkan sekumpulan ikan berenang bersama - sama . 


Mengapakah ikan berenang dalam satu kumpulan ?

A . Untuk memburu 
B . Untuk melindungi diri
C . Untuk menjaga anak - anak 
D . Untuk mencari pasangan 

4 . Rajah di bawah menunjukkan seekor kura - kura dan seekor paus .

 

Haiwan - haiwan ini bloeh hidup di dalam air sepanjang masa tetapi masih timbul ke permukaan air sekali - sekala . Mengapa ?

A . Haiwan - haiwan ini memerlukan cahaya matahari 
B . Haiwan - haiwan ini perlu bernafas 
C . Haiwan - haiwan ini perlu mencari makanan
D . Haiwan - haiwan ini perlu menjauhkan diri daripada musuh 

1.3 Keperluan Asas Tumbuhan 

5 . Antara yang berikut , yang manakah diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan ?

T - Air 
U - Cahaya Matahari
V - Karbon dioksida

A . T dan U sahaja
B . T dan V sahaja
C . U dan V sahaja 
D . T , U dan V 

 



Friday 30 November 2012

Keperluan Asas ..

Keperluan Asas Manusia
Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.


Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
Manusia memerlukan makanan untuk   
mendapatkan tenaga
membesar
kekal sihat
 Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),


Keperluan Asas Haiwan

Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama seperti manusia

Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti manusia.
Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.


Keperluan Asas Tumbuhan