nama

Friday 21 December 2012

Bahan Buatan Manusia

 


Pertoleum ialah bahan semula jadi.
Petroleum digunakan untuk membuat PLASTIK dan KAIN SINTETIK.


Contoh PLASTIK








CONTOH KAIN SINTETIK








Thursday 20 December 2012

BAHAN SEMULAJADI







CONTOH BAHAN SEMULAJADI
kayu 

berasal dari pokok dan digunakan untuk membuat perabot, rumah dan kertas.
http://thumbs.dreamstime.com/thumblarge_552/128866235882R9Sp.jpg
getah
berasal dari pokok getah dan digunakan untuk membuat tayar, pemadam, belon dan alatan permainan

http://www.statestimes.net/2012/data/2012/07/cotton-plant.jpg
kapas
berasal dari pokok kapas dan digunakan untuk membuat benang, pakaian, tali leher dan sebagainya.
sutera
sutera berasal dari ulat sutera dan digunakan untuk membuat pakaian, skaf, tali leher.
kulit
berasal dari kulit binatang seperti ular, buaya serta digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang, beg tangan dan kasut.
bulu
berasal dari haiwan seperti biri-biri, beruang dan serigala serta digunakan untuk menghasilkan baju sejuk dan karpet.
tanah
berasal dari batuan dan digunakan untuk membuat pasu, batu bata
logam
berasal dari batuan dan digunakan untuk menghasilkan perkakas dapur, barang perhiasan serta peralatan.

Tuesday 4 December 2012

Praktis Progresif 1 - Keperluan Asas

Jawab soalan di bawah .

1.1 . Keperluan Asas Manusia

1 . Bayi manusia memperoleh udara dari atmosfera .
Apakah keperluan asas lain yang diperoleh bayi daripada ibunya ?  


A . Muzik dan makanan 
B . Permainan dan Alat Permainan 
C . Susu dan Perlindungan 
D . Pakaian dan Cahaya Matahari

2 . Antara yang berikut yang manakah diperlukan untuk fungsi di bawah ?

  • Untuk membesar 
  • Untuk mendapatkan tenaga 
  • Untuk sihat 
A . Udara
B . Makanan
C . Air 
D . Haba

1.2 . Keperluan Asas haiwan .

3 . Rajah di bawah menunjukkan sekumpulan ikan berenang bersama - sama . 


Mengapakah ikan berenang dalam satu kumpulan ?

A . Untuk memburu 
B . Untuk melindungi diri
C . Untuk menjaga anak - anak 
D . Untuk mencari pasangan 

4 . Rajah di bawah menunjukkan seekor kura - kura dan seekor paus .

 

Haiwan - haiwan ini bloeh hidup di dalam air sepanjang masa tetapi masih timbul ke permukaan air sekali - sekala . Mengapa ?

A . Haiwan - haiwan ini memerlukan cahaya matahari 
B . Haiwan - haiwan ini perlu bernafas 
C . Haiwan - haiwan ini perlu mencari makanan
D . Haiwan - haiwan ini perlu menjauhkan diri daripada musuh 

1.3 Keperluan Asas Tumbuhan 

5 . Antara yang berikut , yang manakah diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan ?

T - Air 
U - Cahaya Matahari
V - Karbon dioksida

A . T dan U sahaja
B . T dan V sahaja
C . U dan V sahaja 
D . T , U dan V 

 



Friday 30 November 2012

Keperluan Asas ..

Keperluan Asas Manusia
Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.


Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
Manusia memerlukan makanan untuk   
mendapatkan tenaga
membesar
kekal sihat
 Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),


Keperluan Asas Haiwan

Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama seperti manusia

Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti manusia.
Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.


Keperluan Asas Tumbuhan 


Thursday 29 November 2012

Rilekskan minda anda ..

Mari kita rilekskan minda ... 

--> KLIK SINI <--



Perlindungan :)


CIRI KHAS TUMBUHAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

Apa akan terjadi sekiranya saya menyentuh haiwan ini ?



dan ini?



Kedua-duanya akan memasukkan badannya ke dalam cangkerang

   
 
        

Inilah cara haiwan melindungi diri daripada musuh. Adakah tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk melindungi diri? Ada juga. Untuk apa tumbuhan melindungi diri? Tumbuhan melindungi diri daripada gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masing-masing. Antaranya termasuk:

      a)  berduri
      b) mempunyai bulu halus
      c) merembeskan susu getah
      d) beracun
      e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras
      f) berbau sengit dan pahit
      g) menutup daun

Hari ini, kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri, mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah. 

i)  Tumbuhan yang mempunyai bulu halus 
           

                                                                          
  Labu 

               Sebagai manusia, kulit pada kita ditumbuh dengan bulu. Sama seperti manusia, sesetengah tumbuhan juga ditumbuh dengan bulu. Sila memerhatikan gambar labu di atas, tahukah anda bulu halus labu ditumbuh di bahagian mana? Jawapannya pada buahnya. Bulu halus yang ada pada labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau haiwan lain menyentuh padanya.

               Selain daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam. Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu. 

ii)  Tumbuhan yang mempunyai susu getah


                                                   Keladi


        Kita telah mempelajari bulu halus tumbuhan merupakan salah satu cara tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Dengan ciri khas yang sedia ada, musuh tidak dapat mencederakan tumbuhan maka dapat terus hidup. Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu, manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini, keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.

iii) Tumbuhan yang berduri


Bunga Ros 

                                                                        
       Dalam dunia ini, terdapat banyak tumbuhan yang ditumbuh dengan duri. Duri pada tumbuhan merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh, bunga ros dan nanas mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan sekiranya ingin memetik atau mendekatinya. 

Dapatkah anda mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berikut mempunyai ciri khas yang mana satu untuk melindungi diri daripada musuh?

i)   Buluh





ii)   Kaktus




 iii)   Pokok betik





(Anda boleh cuba jawapan anda di bahagian bawah dengan cara mengundi. Cubalah!)
  
Gambar Menarik ! Pernahkah anda melihat labu yang sebesar ini ?



Tuesday 27 November 2012

Planet Bumi

Mengapa Bumi?



Bumi terletak pada kedudukan yang paling sesuai dalam Sistem suria untuk menyokong hidupan.

Bumi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Atmosfera Bumi mengandungi cukup Oksigen untuk menyokong hidupan bernafas.