CIRI KHAS TUMBUHAN
BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH
Apa akan terjadi sekiranya saya menyentuh
haiwan ini ?
dan ini?
Kedua-duanya akan
memasukkan badannya ke dalam cangkerang
Inilah cara haiwan
melindungi diri daripada musuh. Adakah tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk
melindungi diri? Ada
juga. Untuk apa tumbuhan melindungi diri? Tumbuhan melindungi diri daripada
gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan
tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masing-masing.
Antaranya termasuk:
a) berduri
b) mempunyai bulu halus
c) merembeskan susu getah
d) beracun
e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras
f) berbau sengit dan pahit
g) menutup daun
Hari ini, kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi
melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri,
mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah.
i) Tumbuhan yang mempunyai bulu halus
Labu
Sebagai manusia,
kulit pada kita ditumbuh dengan bulu. Sama seperti manusia, sesetengah tumbuhan
juga ditumbuh dengan bulu. Sila memerhatikan gambar labu di atas, tahukah anda
bulu halus labu ditumbuh di bahagian mana? Jawapannya pada buahnya. Bulu halus
yang ada pada labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya
berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau
haiwan lain menyentuh padanya.
Selain
daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini
untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya
tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam.
Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan
itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu.
ii) Tumbuhan yang mempunyai susu getah
Keladi
Kita telah mempelajari bulu halus tumbuhan merupakan
salah satu cara tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Dengan ciri khas
yang sedia ada, musuh tidak dapat mencederakan tumbuhan maka dapat terus hidup.
Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan
merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu,
manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat
mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini,
keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.
iii) Tumbuhan yang berduri
Bunga Ros
Dalam dunia
ini, terdapat banyak tumbuhan yang ditumbuh dengan duri. Duri pada tumbuhan
merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh,
bunga ros dan nanas mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani
menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata
tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros
dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan
sekiranya ingin memetik atau mendekatinya.
Dapatkah anda mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berikut mempunyai
ciri khas yang mana satu untuk melindungi diri daripada musuh?
i) Buluh
ii) Kaktus
iii) Pokok
betik
(Anda boleh cuba
jawapan anda di bahagian bawah dengan cara mengundi. Cubalah!)
Gambar Menarik ! Pernahkah anda melihat labu yang
sebesar ini ?
2 comments:
Sangat menarik !!
Sy seronok melihat paparan di blog ini...tahniah!
Post a Comment