nama
Friday, 21 December 2012
Thursday, 20 December 2012
BAHAN SEMULAJADI
CONTOH BAHAN SEMULAJADI
kayu |
berasal dari pokok dan digunakan untuk membuat perabot, rumah dan kertas.
getah |
berasal dari pokok getah dan digunakan untuk membuat tayar, pemadam, belon dan alatan permainan
kapas |
berasal dari pokok kapas dan digunakan untuk membuat benang, pakaian, tali leher dan sebagainya.
sutera |
sutera berasal dari ulat sutera dan digunakan untuk membuat pakaian, skaf, tali leher.
kulit |
berasal dari kulit binatang seperti ular, buaya serta digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang, beg tangan dan kasut.
bulu |
berasal dari haiwan seperti biri-biri, beruang dan serigala serta digunakan untuk menghasilkan baju sejuk dan karpet.
tanah |
berasal dari batuan dan digunakan untuk membuat pasu, batu bata
logam |
berasal dari batuan dan digunakan untuk menghasilkan perkakas dapur, barang perhiasan serta peralatan.
Tuesday, 4 December 2012
Praktis Progresif 1 - Keperluan Asas
Jawab soalan di bawah .
1.1 . Keperluan Asas Manusia
2 . Antara yang berikut yang manakah diperlukan untuk fungsi di bawah ?
1.1 . Keperluan Asas Manusia
1 . Bayi manusia memperoleh udara dari atmosfera .
Apakah keperluan asas lain yang diperoleh bayi daripada ibunya ?
Apakah keperluan asas lain yang diperoleh bayi daripada ibunya ?
A . Muzik dan makanan
B . Permainan dan Alat Permainan
C . Susu dan Perlindungan
D . Pakaian dan Cahaya Matahari
- Untuk membesar
- Untuk mendapatkan tenaga
- Untuk sihat
A . Udara
B . Makanan
C . Air
D . Haba
1.2 . Keperluan Asas haiwan .
3 . Rajah di bawah menunjukkan sekumpulan ikan berenang bersama - sama .
Mengapakah ikan berenang dalam satu kumpulan ?
A . Untuk memburu
B . Untuk melindungi diri
C . Untuk menjaga anak - anak
D . Untuk mencari pasangan
4 . Rajah di bawah menunjukkan seekor kura - kura dan seekor paus .
Haiwan - haiwan ini bloeh hidup di dalam air sepanjang masa tetapi masih timbul ke permukaan air sekali - sekala . Mengapa ?
A . Haiwan - haiwan ini memerlukan cahaya matahari
B . Haiwan - haiwan ini perlu bernafas
C . Haiwan - haiwan ini perlu mencari makanan
D . Haiwan - haiwan ini perlu menjauhkan diri daripada musuh
1.3 Keperluan Asas Tumbuhan
5 . Antara yang berikut , yang manakah diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanan ?
T - Air
U - Cahaya Matahari
V - Karbon dioksida
A . T dan U sahaja
B . T dan V sahaja
C . U dan V sahaja
D . T , U dan V
Friday, 30 November 2012
Keperluan Asas ..
Keperluan Asas Manusia
Manusia memerlukan 4 keperluan asas.
Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia
berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.
Manusia
memerlukan air untuk mengawal suhu badan
manusia.
Manusia
memerlukan makanan untuk
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat
Manusia
memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia
memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri
daripada bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas),
dan perubahan
cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),
Keperluan Asas Haiwan
Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama
seperti manusia
Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti
manusia.
Haiwan memerlukan makanan dan air
untuk membesar dan kekal sihat.
Haiwan memerlukan udara untuk
bernafas.
Haiwan memerlukan tempat
perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta
boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.
Keperluan Asas Tumbuhan
Thursday, 29 November 2012
Perlindungan :)
CIRI KHAS TUMBUHAN
BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH
Apa akan terjadi sekiranya saya menyentuh
haiwan ini ?
dan ini?
Kedua-duanya akan
memasukkan badannya ke dalam cangkerang
Inilah cara haiwan
melindungi diri daripada musuh. Adakah tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk
melindungi diri? Ada
juga. Untuk apa tumbuhan melindungi diri? Tumbuhan melindungi diri daripada
gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan
tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masing-masing.
Antaranya termasuk:
a) berduri
b) mempunyai bulu halus
c) merembeskan susu getah
d) beracun
e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras
f) berbau sengit dan pahit
g) menutup daun
Hari ini, kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi
melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri,
mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah.
i) Tumbuhan yang mempunyai bulu halus
Labu
Sebagai manusia,
kulit pada kita ditumbuh dengan bulu. Sama seperti manusia, sesetengah tumbuhan
juga ditumbuh dengan bulu. Sila memerhatikan gambar labu di atas, tahukah anda
bulu halus labu ditumbuh di bahagian mana? Jawapannya pada buahnya. Bulu halus
yang ada pada labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya
berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau
haiwan lain menyentuh padanya.
Selain
daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini
untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya
tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam.
Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan
itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu.
ii) Tumbuhan yang mempunyai susu getah
Keladi
Kita telah mempelajari bulu halus tumbuhan merupakan
salah satu cara tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Dengan ciri khas
yang sedia ada, musuh tidak dapat mencederakan tumbuhan maka dapat terus hidup.
Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan
merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu,
manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat
mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini,
keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.
iii) Tumbuhan yang berduri
Bunga Ros
Dalam dunia
ini, terdapat banyak tumbuhan yang ditumbuh dengan duri. Duri pada tumbuhan
merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh,
bunga ros dan nanas mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani
menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata
tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros
dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan
sekiranya ingin memetik atau mendekatinya.
Dapatkah anda mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berikut mempunyai
ciri khas yang mana satu untuk melindungi diri daripada musuh?
i) Buluh
ii) Kaktus
iii) Pokok
betik
(Anda boleh cuba
jawapan anda di bahagian bawah dengan cara mengundi. Cubalah!)
Gambar Menarik ! Pernahkah anda melihat labu yang
sebesar ini ?
Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 27 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)